Fungsi utama Unit Teknologi Maklumat :
- Menguruskan laman web jabatan dengan memastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan terkini.
- Menyediakan pelbagai laporan / slaid persembahan dan bahan-bahan taklimat jabatan yang memerlukan kepakaran teknikal.
- Memberikan khidmat sokongan teknikal ICT kepada Pegawai dan Kakitangan ke arah merealisasikan kerajaan elektronik.
- Menguruskan penyelenggaraan dan baikpulih peralatan ICT dan rangkaian internet agar sentiasa berfungsi dengan baik.
- Memantau dan melaporkan sebarang masalah capaian dan penggunaan sistem-sistem kerajaan.